Latihan Bina Ayat Majmuk Bahasa Melayu Tahun 2 - Cikgu Leiza

Latest

Cikgu Leiza

Koleksi Bahan Pendidikan Untuk Ibu dan Guru

Wednesday, May 18, 2022

Latihan Bina Ayat Majmuk Bahasa Melayu Tahun 2

 Hai semua...

Sharing hari ini masih lagi berkaitan ayat majmuk. Seperti mana post terdahulu,  ayat majmuk boleh didefinisikan kepada satu bahagian bahasa atau klausa yang lebih kompleks. Secara mudahnya ,ayat majmuk merupakan sejenis ayat yang terdiri daripada cantuman atau gabungan dua atau lebih ayat tunggal.

Dalam proses membina ayat majmuk, penggunaan kata hubung merupakan satu kemestian kerana kata hubung inilah yang berperanan menghubungkan ayat tunggal sehingga terbentuknya ayat majmuk.

Kata hubung merupakan bentuk kata yang digunakan untuk menghubungkan  atau menyambung sesuatu frasa atau ayat sehingga membentuk ayat yang lebih panjang dan mempunyai lebih daripada satu subjek mahupun pradikat.

Antara kata hubung yang sering digunakan dalam sesuatu ayat ialah dan, dengan,sambil, lalu, tetapi, manakala, supaya, jika, kerana, serta, apabila,semenjak,demi  dan sebagainya lagi. Sekadar menyebut beberapa contoh sahaja.

Di sini, saya kongsikan Latihan Bina Ayat Majmuk Bahasa Melayu Tahun 2 untuk cikgu-cikgu gunakan sebagai latihan atau kerja rumah.


Latihan Bina Ayat Majmuk

Moga bermanfaat 😊

Sumber : Modul Asas Bahasa Melayu Tahun 2 KSSR - Nusamas

No comments:

Post a Comment