Assalamualaikum wbt.
Salam Syawal ke-5 bagi tahun 2022. Selamat hari raya semua. Mudah-mudahan kita beroleh rahmat dengan kehadiran bulan mulia ini... Aminn.
Ada cikgu-cikgu Bahasa Melayu Tahap 1 atau cikgu kelas pemulihan kat sini yang perlukan lembaran Latihan Menulis Perkataan Tahap 1 bagi perkataan mudah suku kata terbuka tak ?
Latihan Menulis Tahap 1- Sukukata Terbuka KVKV |
Nah, di sini saya kongsikan 10 Lembaran Latihan Menulis Perkataan Tahap 1- Suku kata Terbuka KVKV yang mungkin dapat membantu cikgu-cikgu untuk menyelesaikan masalah " sakit mata " melihat tulisan anak murid masing-masing ππ.
Tak boleh nak salahkan mereka juga ya cikgu sebab kita sendiri pun tahu bahawa pandemik COVID-19 yang melanda selama 2 tahun ini memberi banyak impak dalam dunia pendidikan. Itu belum lagi dikira masalah latar belakang kanak-kanak itu sendiri.
Ada yang langsung tak pernah hadir ke tadika atau prasekolah seperti mana yang berlaku dalam kelas saya sendiri.
Jadi kita tak boleh lah nak expect tulisan mereka terus jadi cantik dan sempuna ye tak ..
10 Lembaran Latihan Menulis Perkataan Tahap 1- Suku kata Terbuka KVKV ni cikgu, kebetulan saya peroleh dari sebuah buku modul lama semasa proses memilih dan membuang buku-buku lama yang tak diperlukan di rumah. Saya scan dari buku yang sudah pun usang , jadi faham-faham sahajalah ye hasilnya mungkin tidaklah secantik dan sekemas mana.
Apa pun, ia masih relevan dan berbaloi untuk digunakan, In Sha Allah. Aktiviti menulis sebegini jika dilakukan secara tekun dan konsisten, kita akan dapat dapat lihat perubahannya satu hari nanti.
Kalian boleh muat turun lembaran dalam bentuk format PDF ini melalui pautan Google Drive . Free je tau hihi.
Klik sini ya π 10 Lembaran Latihan Menulis Perkataan Tahap 1- Suku kata Terbuka KVKV
Ok, jom nak gi sambung mengemas heheh.
Moga bermanfaat. Jangan lupa share juga tauπ✌
No comments:
Post a Comment