Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Sekadar sharing aktiviti menulis hujung minggu iaitu 5 Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Berdasarkan Gambar Tunggal yang terdapat di bawah ini.
Sebenarnya tanpa sharing ini pun cikgu-cikgu bila dah tengok gambar tunggal aktiviti keluarga ni terus dah dapat agak apa yang boleh dibuat bersama anak murid kan heheh..
Anggap lah ini sekadar untuk refresh sahaja. Ye lah, bila sekejap jadi kerani, sekejap jadi nurse .. masa yang sama jadi pegawai banci dan pegawai kebajikan masyarakat serta segala bentuk pekerjaan, makanya ada masa kita pun terlupa juga. Guru juga insan biasa 😎
- Bina ayat tentang gambar .
- Senaraikan kata nama yang terdapat dalam gambar .
- Senaraikan penjodoh bilangan bagi 10 objek yang terdapat dalam gambar .
- Nyatakan aktiviti keluarga Encik Amir berdasarkan gambar.
- Warnakan gambar .
Ok, di sini saya kongsikan contoh jawapan bagi aktiviti pertama iaitu latihan membina ayat.
- Keluarga Encik Amir sedang menyiapkan hidangan tengah hari bersama-sama
- Nisa mencuci pinggan yang kotor menggunakan sabun .
- Isteri Encik Amir memasukkan bahan perasa ke dalam masakannya.
- Imran mengelap meja sambil memerhatikan ayahnya memotong tembikai.
- Encik Amir memotong buah tembikai itu kepada beberapa bahagian.
- Nina pula menyenduk nasi ke dalam pinggan.
- Mereka saling bekerjasama menyiapkan hidangan tengah hari sebelum makan bersama-sama.
No comments:
Post a Comment