Latihan Bina Ayat - Gambar Tunggal Aktiviti Keluarga Pada Hujung Minggu - Cikgu Leiza

Latest

Cikgu Leiza

Koleksi Bahan Pendidikan Untuk Ibu dan Guru

Tuesday, April 25, 2023

Latihan Bina Ayat - Gambar Tunggal Aktiviti Keluarga Pada Hujung Minggu

Latihan Bina Ayat - Gambar Tunggal Aktiviti Keluarga Pada Hujung Minggu

Salam Syawal ke-4 ,1444H bersamaan 25 April 2023. Moga sihat-sihat & sejahtera sahaja  hendaknya walau di mana jua berada.

Sekali sekala muncul,jom saya kongsikan gambar tunggal aktiviti keluarga pada hujung minggu yang mungkin berguna kepada guru-guru yang memerlukan.

 


Semasa proses mengemas rak buku yang dimakan anai-anai, terjumpa pula buku penulisan Tahun 6 yang saya gunakan semasa mengajar Bahasa Melayu Tahun 6 satu ketika dahulu. Sayang sekali buku nya dah separuh dimakan anai-anai, jadi saya ambil dan imbas sebelum dibakar.

Hasil imbasan tidak lah sebaik mana, tapi In Sha Allah dapat membantu saat diperlukan 😄

Cadangan jawapan :

  • Encik Rashid membaca akhbar sambil bersantai bersama-sama ahli keluarganya di ruang tamu.
  • Ibu beliau kelihatan menjahit sesuatu pada sehelai cebisan kain manakala isterinya melipat pakaian yang sudah siap dicuci.
  • Anak bongsu Encik Rashid yang berusia 6 tahun bermain anak patung sambil menonton televisyen.
  • Aiman yang duduk bersebelahan Encik Rashid asyik sekali membaca senaskah majalah.
  • Iman dan Imani bermain congkak di atas hamparan permaidani. 
Ayat- ayat di atas adalah sekadar cadangan. Cikgu-cikgu boleh sahaja menambahbaik dengan binaan ayat yang lebih tepat dan gramatis.

Silakan guna jika dirasakan dapat membantu. Moga bermanfaat

No comments:

Post a Comment