14 Soalan Latihan Mudah Suku Kata Terbuka KVKV Tahun 1
Dengan Bismillah ..
Alhamdulillah,sehari lagi Allah pinjamkan nafas untuk kita hari ini. Manfaatkan untuk menjadi hamba yang taat kepada NYA serta dapat berbakti kepada mereka yang memerlukan.
Tahun 1 seperti yang diketahui ramai adalah merupakan tempoh peralihan daripada prasekolah ke alam persekolahan sebenar. Bermula dengan penyesuaian diri melalui Program Transisi dan seterusnya pembelajaran sebenar seperti kanak-kanak lain selayaknya.
Untuk menguasai kemahiran membaca, murid Tahun 1 didedahkan dengan banyak kosa kata mudah yang bermula dengan perkataan bersukukata kvk,kvkv,kvkvk, diftong,vokal berganding dan sebagainya.
Justeru, di sini saya kongsikan satu lagi bahan latihan sukukata KVKV yang mudah untuk dijadikan sebagai lembaran kerja untuk anak didik rakan guru.
14 soalan latihan mudah suku kata terbuka KVKV Tahun 1 ini adalah lembaran kerja yang biasa-biasa sahaja sifatnya kerana empunya bahan ini juga sangat biasa-biasa sifatnya 😅. Bukan seorang guru pakar atau guru cemerlang Bahasa Melayu pun. Malah orangnya masih lagi dalam proses belajar menyesuaikan diri sebagai guru Bahasa Melayu Tahun 1. Jadi mungkin masih ada banyak lagi kelemahan dan kesalahan yang perlu diatasi. Tegurlah ya untuk penambahbaikan.
Ok, di sini saya kongsikan 14 Soalan Latihan Mudah Suku Kata Terbuka KVKV Tahun 1 dalam bentuk PDF. Klik untuk muat turun.
Moga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment