Latihan Bina Ayat - Gambar Bersiri Aktiviti di Kebun Sayur - Cikgu Leiza

Latest

Cikgu Leiza

Koleksi Bahan Pendidikan Untuk Ibu dan Guru

Wednesday, April 26, 2023

Latihan Bina Ayat - Gambar Bersiri Aktiviti di Kebun Sayur

 Latihan Bina Ayat - Gambar Bersiri Aktiviti di Kebun Sayur

Dengan Bismillah ..

Syawal ke-5 1444 Hijrah, sementara berkelapangan saya share satu lagi lembaran bergambar Latihan Bina Ayat - Gambar Bersiri Aktiviti di Kebun Sayur untuk latihan penulisan Bahasa Melayu Tahap 2 yang cikgu-cikgu boleh gunakan di dalam kelas atau sebagai kerja rumah kepada murid.

Berikut ini adalah cadangan jawapan berkaitan gambar. Sekadar contoh dan saya mohon maaf jika ia kurang menepati kehendak soalan. Maklumlah dah 3 tahun beralih ke Tahap 1, kemahiran menulis pun macam dah tak begitu ok lagi dah 😂

Latihan Bina Ayat - Gambar Bersiri Aktiviti di Kebun Sayur

Cadangan Jawapan ;

  • Encik Munir mengusahakan tanaman sayur di sebidang tanah kosong berdekatan rumahnya.
  • Beliau menyiram tanaman sayurnya setiap hari supaya sayur-sayuran itu tumbuh dengan subur.
  • Marina dan isteri Encik Munir membantu menuai sayur-sayuran yang sudah matang seperti kacang panjang,sawi dan cili untuk dijual.
  • Sayur-sayuran itu dijual kepada seorang peraih yang datang terus ke kebun mereka.
  • Selesai mengumpul dan menimbang hasil tanaman, bakul-bakul berisi sayur-sayuran itu diangkat oleh Encik Munir lalu dimasukkan ke dalam lori sebelum dibawa ke pasar.


Dahulu, saya sering minta murid yang lemah untuk menyalin sahaja semula contoh jawapan yang diberi dek kerana mereka datang dari kelas yang agak corot  dan mengalami kesukaran untuk menjana idea dan membina sendiri ayat. Terpaksa tau... kalau tak memang kosong lah kertas latihan yang diberi😅 

Ok, moga bermanfaat untuk cikgu-cikgu yang memerlukan. Share jugak untuk rakan guru yang lain ye cikgu 

No comments:

Post a Comment