Latihan Menukar Ayat Tunggal Menjadi Ayat Majmuk 1 - Cikgu Leiza

Latest

Cikgu Leiza

Koleksi Bahan Pendidikan Untuk Ibu dan Guru

Sunday, May 15, 2022

Latihan Menukar Ayat Tunggal Menjadi Ayat Majmuk 1

Assalamualaikum & selamat pagi.

Salam Syawal 1443 H. Hari ini sempena Hari Wesak yang juga jatuh pada hujung minggu, saya nak kongsikan satu latihan Bahasa Melayu berkaitan ayat majmuk.

Ayat majmuk merupakan salah satu lagi bahagian atau bab yang diajar seawal Tahun 1. Ayat majmuk mempunyai kaitan dengan kata hubung kerana dengan penggunaan kata hubung ini lah yang membentuk ayat tunggal menjadi ayat majmuk.

Sebelum itu, jom kita ulangkaji semula apakah definisi ayat majmuk. Rumusan daripada pandangan beberapa orang cendikiawan bahasa, ayat majmuk boleh didefinisikan kepada satu bahagian bahasa atau klausa yang lebih kompleks. Secara mudahnya ,ayat majmuk merupakan sejenis ayat yang terdiri daripada cantuman atau gabungan dua atau lebih ayat tunggal.

Tukar Ayat Tunggal Menjadi Ayat Majmuk

Walau apa jua tafsirannya, penguasaan ayat majmuk dalam kalangan murid perlu untuk membantu mereka menulis karangan dengan penghujahan isi yang betul dan tepat serta sampai maksudnya.

Untuk murid, tidak perlu rasanya kita huraikan secara panjang lebar maksud ayat majmuk serta jenisnya. Memadailah mereka tahu bagaimana caranya menukar ayat tunggal menjadi ayat majmuk dengan betul.

Ok, di sini saya kongsikan satu latihan menukar ayat tunggal menjadi ayat majmuk 1. Moga ia sesuai dan bermanfaat untuk guru dan murid tak kira lah sama ada untuk murid Tahap 1 atau 2.

=========================================================================

Tukarkan ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi ayat majmuk.

1.    Ah Leong menunggang basikal.

Ah Meng menunggang basikal. (dan)

-------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------

2.   Abang membeli roti.

Abang membeli biskut. (dan)

-------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------

3.   Dia gemuk.

Dia kuat berlari. (tetapi)

-------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------

4.   Hassan suka baju biru ?

Hassan suka baju kuning ? (atau)

-------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------

5.   Sazali memancing ikan.

Sazali mendengar radio. (sambil)

-------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------

6.   Sarah tidak datang ke sekolah hari ini.

Sarah demam. (kerana)

-------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------

7.   Dia menyiapkan latihan itu segera.

Dia menghantarnya kepada guru. (lalu)

-------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------

8.   Ibu memotong sawi.

Ibu menggunakan pisau. (dengan)

-------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------

9.   Ibu membeli ikan di pasar.

Ibu membeli daging di pasar.

Ibu membeli sayur-sayuran di pasar. ( dan )

-------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------

Ayah mencuci kereta di halaman

Ibu menyiram pokok bunga di halaman. ( manakala )

-------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment