Ini adalah antara carian popular di internet terutama dalam kalangan pendidik sebagai salah satu medium atau bahan pembelajaran yang mahu digunakan di dalam kelas apatah lagi apabila ada sambutan atau program tertentu di sekolah seperti sambutan Hari Guru, Hari Kemerdekaan, Hari Kanak-kanak Sedunia dan sebagainya.
Tak pasti pula saya sama ada ia boleh dikategorikan sebagai satu bentuk permainan bahasa atau tidak.
Cari 12 benda tersembunyi |
Cumanya aktiviti mencari gambar tersembunyi ini bagi saya mempunyai kebaikan tersendiri khasnya kepada murid di prasekolah, kelas Pendidikan khas dan murid Tahap1. Antaranya :
- Merangsang motor halus kanak-kanak ke arah yang lebih baik.
- Meningkatkan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak ( semasa mewarna gambar ).
- Menajamkan kepekaan murid terhadap sesuatu perkara.
- Meningkatkan pengetahuan murid terhadap gambaran persekitaran sebenar mereka.
- Membantu menambah kosa kata atau kamus perbendaharaan kata seseorang murid.
- Meningkatkan penguasaan ejaan sesuatu perkataan.
No comments:
Post a Comment