Lembaran Latihan Bahasa Melayu KVK Untuk Prasekolah dan Tahun 1 - Cikgu Leiza

Latest

Cikgu Leiza

Koleksi Bahan Pendidikan Untuk Ibu dan Guru

Saturday, June 5, 2021

Lembaran Latihan Bahasa Melayu KVK Untuk Prasekolah dan Tahun 1

Dengan Bismillah ..

Lembaran Latihan Bahasa Melayu  KVK Untuk Prasekolah dan Tahun 1

Mengajar kelas tahun 1 tahun ini (2021 ) lebih sukar daripada tahun-tahun sebelumnya apatah lagi bagi guru seperti saya yang selama berbelas tahun sebelum ini hanya mengajar di tahun 6 sahaja

Mengapa saya katakan lebih mencabar dan lebih sukar ?  Ini kerana tahun lepas ( 2020 ),murid tersebut berada di prasekolah. Namun tak sampai 3 bulan setengah  di prasekolah, negara dilanda pandemik COVID-19. Seluruh dunia terkesan termasuklah anak-anak ini. 

Cuti PKP, kemudian masuk semula ke sekolah. Kemudian cuti lagi,menyebabkan anak-anak ini tidak sempat menguasai kemahiran yang diajar serta  tidak cukup persediaan untuk masuk ke alam persekolahan sebenar,yakni Tahun 1.

Lembaran Latihan Bahasa Melayu  KVK Untuk Prasekolah dan Tahun 1

Hasilnya, apabila melangkah ke Tahun 1 mereka masih kurang matang, berkelakuan seperti di tadika atau prasekolah  dan paling sukarnya masih tidak kenal huruf. Bukan sekadar bentuk tetapi bunyinya juga.

Inilah dilemanya kami guru-guru ,terutama bagi sekolah luar bandar dengan latar belakang keluarga serta  sosio ekonomi yang tidak begitu memberangsangkan.

Terpaksa bermula semula seperti keadaannya di prasekolah. Mengasuh lebih banyak daripada mengajar. Membaca bermula semula dengan kenal huruf vokal serta bunyinya sebelum lajak ke huruf konsonan.

Apakan daya ,pandemik ini bukan cerita rekaan. Kesannya kepada semua orang. Perancangan manusia tak mampu menandingi ketetapan Allah. Maka terimalah kita redha seadanya.

Melaksanakan PdPR  di rumah bagi anak-anak luar bandar tidaklah se gah anak-anak elit di luar sana kerana mereka ada banyak kekangan dari segi kemudahan internet,peranti dan sebagainya.

Melunaskan tanggung jawab, kami buat dengan cara kami yang sesuai dengan situasi mereka. Sediakan bahan  lalu tinggalkan di pos pengawal atau muat naik melalui aplikasi Whatsapp. Janji anak-anak ini tidak terabai.

Bahan-bahan PdPR juga disesuaikan dengan tahap mereka. Banyak bahan lebih menjurus kepada asas membaca dan menulis.

Ibu-ibu atau guru-guru yang memerlukan, rajin-rajinlah singgah ye. In Sha Allah saya cuba kongsikan apa yang mampu dan sekadar yang terdaya. Bahan pembelajaran biasa-biasa sahaja. Jika dirasakan bermanfaat seperti lembaran latihan Bahasa Melayu  KVK untuk prasekolah dan tahun 1 ini,bolehlah  muat turun untuk kegunaan anak-anak.

Muat turun lembaran ke-2 latihan KVK juga sekarang,

No comments:

Post a Comment