Latihan Penjodoh Bilangan Bergambar - Pilih Penjodoh Bilangan Yang Betul - Cikgu Leiza

Latest

Cikgu Leiza

Koleksi Bahan Pendidikan Untuk Ibu dan Guru

Wednesday, April 13, 2022

Latihan Penjodoh Bilangan Bergambar - Pilih Penjodoh Bilangan Yang Betul

Latihan Penjodoh Bilangan Bergambar - Pilih Penjodoh Bilangan Yang Betul

Assalamualaikum semua. 

Salam Ramadhan ke-11 bagi tahun 2022. Mudah-mudahan penat menahan  lapar dahaga kita serta usaha menjauhi perkara-perkara dilarang dan pada masa sama berusaha memperbanyakkan ibadah ini Allah SWT pandang, Allah terima  dan Allah berkati. Moga-moga juga kita dapat sampai ke penghujung bulan penuh rahmat ini  dan dipanjangkan usia agar masih dapat bersama keluarga tercinta untuk Ramadhan seterusnya, In Sha Allah....  Amin.

Pada kesempatan kali ini saya kongsikan Latihan Penjodoh Bilangan Bergambar - Pilih Penjodoh Bilangan Yang Betul untuk cikgu-cikgu serta sesiapa sahaja yang memerlukan.

Latihan penjodoh bilangan bergambar di bawah ini memerlukan murid menanda  penjodoh bilangan apakah  yang paling sesuai bagi objek yang tersenarai.

Bagi menambah kefahaman murid, cikgu boleh juga minta murid membina ayat spontan menggunakan penjodoh bilangan di atas.

 Latihan boleh dilanjutkan dengan meminta  murid menulis kembali ayat spontan yang diucapkan secara lisan  sebelumnya.

Selain itu kaedah pengajaran boleh dipelbagaikan dengan meminta murid melengkapkan ayat dengan penjodoh bilangan yang sesuai berdasarkan objek-objek yang terpapar  pada gambar. 

Contoh soalan latihan :

  1. Ahmad makan ...................................... buah epal setiap hari.
  2. ................................... sabit digunakan oleh Pak Mat untuk menebas semak-samun di belakang rumahnya.
  3. Baba nyaris terpijak ........................ mata kail yang tercicir di atas lantai.
  4. Terdapat dua ....................... pensel 2B di dalam kotak pensel.
  5. Abang membeli .......................... seluar pendek di Pekan Baharu.
  6. Di seberang jalan sana terdapat .......................... rumah banglo yang cantik dan besar.
  7. ................................ monyet sedang  memanjat pokok rambutan gading itu.
  8. ........................ tali yang panjang digunakan untuk menarik jatuh pokok yang ditebang itu.
  9. Pak Kadir membeli ........................................ jala baharu semalam.
  10. Terdapat ...................... selipar disediakan di luar tandas itu.
  11. Alya menulis .........................surat kepada kenalannya di luar negara.
  12. Nenek membentangkan ...................... permaidani di ruang tamu.

Moga bermanfaat. Kongsikan untuk yang memerlukan 💞                  

No comments:

Post a Comment