Assalamualaikum semua.
Hari ini masih lagi perkongsian tentang latihan mudah kata ganda untuk murid Tahun 2 dan 3. Terdahulu sudah saya kongsikan satu set soalan latihan kata ganda untuk Tahun 3 dengan pilihan jawapan objektif yang cikgu-cikgu boleh dapatkan di sini.
Beza sharing hari ini adalah cara pilihan jawapan iaitu dengan memilih jawapan yang betul dan gariskan salah satu daripadanya.
Nampak seperti mudah kerana kita melihatnya dari perspektif seorang guru. Namun belum tentu bagi seorang murid. Lazimnya yang berlaku, ada yang menggariskan kedua-dua jawapan 😂 dan jangan terkejut jika ada yang menggariskan perkataan bukan pilihan jawapan ( perkataan di luar kurungan ) 😜
Cikgu-cikgu memang dah selalu sangat laluinya kan hihi.
Apabila itu berlaku, berkemungkinan maksudnya mereka tidak mendengar @ memahami arahan. Mungkin juga masih kurang menguasai isi pelajaran berkaitan tajuk kata ganda.
Suka atau tidak, makanya tidak ada pilihan lain untuk kita selain mengulang-ulang tajuk berkenaan. Betul tak cikgu ?
Jangan bimbang cikgu. Tugas kita mulia, teruskan usaha dan ikhlaskan hati. Ada ganjaran daripada Allah SWT nanti. Tak perlu ambil hati apa sahaja tohmahan yang tidak betul.
Baiklah, umtuk 13 Soalan Mudah Latihan Kata Ganda Bahasa Melayu Tahun 2 dan 3 - Garisi dan Salin Semula ini, cikgu-cikgu boleh sahaja minta murid menyalin semula latihan selepas semakan.
Cara ini mungkin dapat membantu murid lebih mengingati isi pelajaran yang diajar di samping membantu mereka secara tidak langsung untuk lebih cekap menulis.
Sekadar share. Jika bermanfaat,silakan guna 😇
===============================================
Garisi jawapan yang paling sesuai.1. (Kekisi , Rerama) tingkap rumah Ah Leong sudah reput.
2. (Rerumput , Dedaun) daripada pokok itu telah dikutip oleh pekerja.
3. Adik termenung melihat (lelangit , lelabah) membina sarangnya.
4. Rohani memasang (tetupai , lelangit) berwarna biru di biliknya.
5. (Tetupai , Tetikus) pada komputer Ina telah rosak.
6. Ramai orang tidak suka akan (pepejal , pepijat).
7. (Rerantai , Jejari) roda basikal Cindy telah patah.
8. Pembinaaan (bebaling , jejantas) itu akan memudahkan para pelajar melintas jalan.
9. Badannya (kusut-masai , liang-liuk) ketika menari di pentas.
10. Air sungai menjadi (hitam-legam , kering-kontang) pada musim kemarau.
11. Jalan menjadi (punah-ranah , licin-licau) akibat hujan lebat.
12. Suasana menjadi (segar-bugar , hiruk-pikuk) apabila seekor harimau tersesat di kampung kami.
13. Majlis Pelancaran Sambutan Tahun Melawat Malaysia yang diadakan semalam sungguh (riuh-rendah , gilang-gemilang) .
No comments:
Post a Comment