Salam Ramadhan 29 untuk tahun 1443H. Hadirnya sudah ke penghujung dan hanya Allah SWT sahaja yang tahu adakah ini Ramadhan terakhir kita. Mudah-mudahan usia kita serta mereka yang dikasihi masih dipanjangkan untuk bersama lagi meraih redhaNya pada Ramadhan mendatang …..
Ok , satu lagi latihan kata kerja ya cikgu 😊 . Sementelah ada tersimpan dalam laptop tua tapi banyak jasanya ni, lebih baik dimanfaatkan untuk semua orang. Ada juga pahalanya In Sha Allah.
Latihan kata kerja boleh diberikan kepada murid dalam pelbagai bentuk bergantung kepada tahap mereka. Selain daripada latihan mengisi tempat kosong, latihan memadankan kata kerja dengan gambar sesuai, pilihan jawapan objektif mahu pun membina ayat, latihan kata kerja juga boleh diberi dalam bentuk karangan mudah atau karangan pendek.
Di sini saya kongsikan satu lagi latihan mengisi tempat kosong dengan kata kerja dalam bentuk karangan pendek sesuai untuk murid Tahun 3 yang bakal beralih tahap apabila memasuki Tahap 2 nanti. Mudah-mudahan bermanfaat kepada cikgu-cikgu yang memerlukannya.
Latihan Kata Kerja Dalam Karangan Pendek
Pada malam itu, penduduk Taman Perwira tidak …………………………. satu kejadian buruk akan ……………………….. mereka. Sedang enak mereka tidur, tiba-tiba satu ……………………… kuat telah kedengaran. Rupa-rupanya lereng bukit di belakang taman itu telah runtuh.
Beberapa buah rumah telah …………………… tanah. Sebahagian dari taman ini juga telah ……………………… banjir lumpur. Mereka segera keluar ………………………… diri tanpa sempat menyelamatkan harta benda. Pasukan penyelamat segera tiba memberi …………………………..
Mangsa-mangsa telah ………………………… di dewan orang ramai buat sementara waktu. Mereka diberi bantuan dan khidmat ………………………… terutamanya kepada orang tua dan kanak-kanak. Mujurlah tidak ada nyawa yang hilang dalam …………………………… itu. Kejadian itu berlaku disebabkan oleh hujan lebat yang turun selama tiga hari tanpa henti.
kejadian |
menyelamatkan |
menyangka |
menimpa |
dilanda |
ditimbus |
ditempatkan |
bantuan |
perubatan |
dentuman |
Pada malam itu, penduduk Taman Perwira tidak …………………………. satu kejadian buruk akan ……………………….. mereka. Sedang enak mereka tidur, tiba-tiba satu ……………………… kuat telah kedengaran. Rupa-rupanya lereng bukit di belakang taman itu telah runtuh.
Beberapa buah rumah telah …………………… tanah. Sebahagian dari taman ini juga telah ……………………… banjir lumpur. Mereka segera keluar ………………………… diri tanpa sempat menyelamatkan harta benda. Pasukan penyelamat segera tiba memberi …………………………..
Mangsa-mangsa telah ………………………… di dewan orang ramai buat sementara waktu. Mereka diberi bantuan dan khidmat ………………………… terutamanya kepada orang tua dan kanak-kanak. Mujurlah tidak ada nyawa yang hilang dalam …………………………… itu. Kejadian itu berlaku disebabkan oleh hujan lebat yang turun selama tiga hari tanpa henti.
No comments:
Post a Comment