Seawal tahun 1 lagi, tajuk kata ganda ini sudah pun mula didedahkan kepada murid. Kata ganda bermaksud kata dasar yang diulang sepenuhnya atau sebahagian sama ada dengan rima atau bunyi yang sama atau secara berentak yang bertujuan memberi maksud sesuatu yang banyak ( majmuk ) dan adakalanya satu ( tunggal ).
Secara umumnya kata ganda terbahagi kepada 4 jenis iaitu :
Kata Ganda Penuh / Seluruh
Kata Ganda Separa
Kata Ganda Bersajak / Berirama
Kata Ganda Berimbuhan
Berikut saya kongsikan satu set Latihan Kata Ganda Tahun 3 – Isi Tempat Kosong Dengan Pilihan Jawapan Yang Betul terdiri daripada 10 soalan . Guru-guru yang memerlukan boleh lah copy dan paste untuk kegunaan masing-masing.
Moga sedikit sebanyak dapat membantu 😎
Pilih jawapan yang sesuai
1. Adik …………… di tepi pantai sambil mengejar ombak.
A. berlari-lari
B. berbual-bual
C. berjalan-jalan
D. bersusun-susun
2. Dua ekor …………… sedang menghisap madu.
A. rama-rama
B. biri-biri
C. kura-kura
D. jentik-jentik
3. Kampung Kuantan terkenal dengan ……………
A. buku-buku
B. labah-labah
C. anak-anak
D. kelip-kelip
4. Shahila …………… kerana bukunya hilang.
A. malu-malu
B. gelak-gelak
C. marah-marah
D. jerit-jerit
5. Malaysia mempunyai ………… peranginan yang kaya dengan keindahan alam semula jadi.
A. jeti-jeti
B. pulau-pulau
C. laut-laut
D. kapal-kapal
6. ………………… kelapa meliuk-lintuk apabila ditiup angin.
A. Pepohon
B. Lelangit
C. Dedaun
D. Sesungut
7. Dinding rumah usang itu dipenuhi dengan pokok ……………
A. kekabu
B. kekapas
C. dedaun
D. deduit
8. Adik memeluk ibu ………………… sambil meminta simpati.
A. kuat-kuat
B. teguh-teguh
C. ketat-ketat
D. erat-erat
9. Reza ……………… apabila Cikgu Azizul menyuruhnya menyiapkan latihan Matematik dengan segera.
A. lintang-pukang
B. kelam-kabut
C. hiruk-pikuk
D. lalu-lalang
10. Karipap yang dihidangkan itu ………………… dimakan oleh Haikal Iskandar.
A. sedu-sedan
B. kumat-kamit
C. cerai-berai
D. licin-licau
No comments:
Post a Comment