Latihan Objektif Kata Tanya Aras Rendah Untuk Murid Tahap 1 - Cikgu Leiza

Latest

Cikgu Leiza

Koleksi Bahan Pendidikan Untuk Ibu dan Guru

Saturday, February 5, 2022

Latihan Objektif Kata Tanya Aras Rendah Untuk Murid Tahap 1


Latihan Objektif Kata Tanya Aras Rendah Untuk Murid Tahap 1

Dengan Bismilah ..

Salam Rejab & Salam 2022 untuk semua pembaca.

Post kali ini ringkas sahaja.

Lama terperap di dalam GD, nak dibuang pula terasa sayang. Jadi saya kongsikan satu lagi Latihan Objektif Kata Tanya Aras Rendah Untuk Murid Tahap 1 yang mungkin ada gunanya untuk cikgu-cikgu serta ibu bapa yang memerlukan.


Latihan Objektif Kata Tanya Aras Rendah Untuk Murid Tahap 1 ini mengandungi 20 set soalan ayat tanya yang saya kira boleh dikelaskan sebagai soalan aras rendah. Boleh digunakan sebagai bahan latihan atau kuiz dan juga sebagai bahan ulangkaji anak-anak ketika di rumah.

Seperti yang sedia diketahui bahawa kata tanya digunakan bagi menanyakan perihal manusia,haiwan ,objek ,tempat,bilangan , peristiwa dan sebagainya. Untuk membentuk ayat tanya,kata tanya seperti apa,siapa,di mana,bila,berapa,mengapa dan bagaimana akan digunakan. Ia akan diikuti tanda bacaan [ ? ] pada penghujung ayat.

Dalam kebanyakan ayat tanya pula, partikel kah atau lebih mudahnya kata penegas kah sering digunakan bersama kata tanya dengan tujuan memberi penegasan kepada frasa predikat dalam sesuatu ayat. Partikel kah ini disambung atau ditulis terus bersama kata tanya yang digunakan tanpa perlu menjarakkkannya.

Contoh :

  • apakah
  • siapakah
  • mengapakah
  • bilakah

Dan untuk makluman ibu bapa khasnya, kata tanya dan ayat tanya merupakan sebahagian daripada isi pelajaran yang sudah pun termasuk dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Murid Tahun 1 lagi.

Ok, yang berhajat menggunakan latihan kata tanya dalam bentuk kuiz Google Form ini,jemput klik terus di sini.

Seperti yang lain-lain sebelumnya,saya sediakan juga link boleh edit untuk latihan ini. Mana tahu ada yang cikgu-cikgu mahu tambah atau sunting 😎



No comments:

Post a Comment