Panduan Pembukaan Semula Sekolah Bermula 3 Oktober 2021
2 hari lepas sebaik sidang media oleh Datuk Radzi Jidin , Menteri Kanan Pendidkan ke udara , maka bertalu-talu lah info kemaskini masuk ke media sosial, group-group WhatsApp dan sebagainya dengan pelbagai status, komen dan tanggapan daripada pelbagai pihak.
Komen-komen dan status yang bercampur aduk dengan pemahaman berbeza menyebabkan ramai yang terkeliru dengan inti pati sebenar tatacara atau panduan pembukaan semula sekolah bermula 3 Oktober 2021. Banyak berlakunya tokok tambah dalam kalangan ibu bapa, para pelajar mahu pun cikgu-cikgu atau pihak sekolah itu sendiri.
Di sini saya kongsikan beberapa perkara yang menjadi intipati sidang media berkenaan Panduan Pembukaan Semula Sekolah Bermula 3 Oktober 2021. Panduan pembukaan sekolah dibahagikan mengikut 3 fasa iaitu Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4 dalam Pelan Pemulihan Negara ( PPN )
FASA 2
- Semua institusi pendidikan ditutup kecuali untuk golongan MBK, dan PPKI
- Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara PdPR sahaja
- Hanya kelas peperiksaan boleh ke sekolah
Untuk SK hanya murid MBK (Murid Bekeperluan Khas), anak-anak istimewa di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas dan juga murid PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi) yang akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran.Murid Tingkatan Enam semester dua dan IBD Tahun Dua, murid di sekolah asrama penuh, murid kelas peperiksaan antarabangsa juga akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran.
Murid prasekolah, tadika swasta, pusat pemkembangan minda umur empat hingga enam tahun serta sekolah kurang murid iaitu kapasiti kurang 150 murid juga akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran.
FASA 3
- Semua institusi pendidikan dibuka di bawah KPM dibuka secara berperingkat, tertakluk kepada ketetapan KPM dan penilaian risiko
Murid berkeperluan khas (MBK) dan juga Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah rendah akan meneruskan sesi persekolahan bermula tarikh berkenaan.Bagi murid lain mereka akan meneruskan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR)
Bagi sekolah menengah pula, semua murid akan meneruskan PdPR, manakala pelajar Tingkatan 6 semester 2 dan program pra universiti akan hadir tanpa penggiliran.
MBK dan PPKI bagi sekolah menengah juga akan hadir seperti biasa tanpa penggiliran termasuk pelajar kelas antarabangsa dan juga murid kelas peperiksaan awam di sekolah harian dan swasta.
FASA 4
- Semua institusi pendidikan dibuka sepenuhnya. Walau bagaimana pun ia tetap tertakluk kepada keadaan dan penilaian risiko semasa.
Penggiliran Murid
Penggiliran murid bagi negeri-negeri Fasa 2 dan 3 adalah berdasarkan 50 % enrolmen keseluruhan. Ini bermaksud hanya 50 % murid daripada jumlah keseluruhan setiap kelas akan hadir ke sekolah secara bergilir-gilir.
Sebagai contoh ,saya namakan satu kelas iaitu 1 Maju. Jika kelas ini mempunyai 40 orang murid, maka hanya 20 orang murid sahaja akan hadir pada minggu pertama. Lebihan 20 murid lagi akan hadir pada minggu berikutnya. Proses ini akan berulang secara mingguan sehinggalah ada pemakluman baharu yang dikeluarkan oleh pihak-pihak yang berkaitan.
Rasional penggiliran pasti sahaja untuk mengekang risiko penularan wabak penyakit COVID-19 ini sekiranya masih berlaku kes-kes jangkitan.
Walau bagaimanapun penggiliran ini hanya boleh digunapakai bagi sekolah yang kapasitinya melebihi 150 orang murid sahaja. Bagi sekolah kurang murid ( 150 dan ke bawah ) tiada sebarang penggiliran akan dijalankan. Dan terdapat juga beberapa pengecualian bagi proses penggiliran murid meliputi pihak-pihak berikut :
- Murid berkeperluan khas
- Murid tingkatan 6 atau kelas peperiksaan
- Murid sekolah asrama penuh
- Murid pra sekolah dan tadika
- Sekolah Kurang Murid ( SKM )
Pakaian
Dalam tempoh ini, murid atau pelajar dibenarkan untuk memakai pakaian kemas,sopan dan sesuai bagi menggantikan pakaian sekolah jika sekiranya pakaian sekolah sedia ada sudah tidak muat atau tidak sesuai untuk dipakai.
Lagi maklumat terperinci boleh dibaca di sini :
Kredit : Astroawani.Com & Semakan.Online
No comments:
Post a Comment