Dengan Bismillah ..
Hari ini saya kongsikan Latihan Mengenal Kata Kerja Tahun 2 - 27 Gambar Kata Kerja Hitam Putih. Mungkin ada rakan guru yang memerlukan jadi bolehlah dimuat turun jika sesuai.
Lembaran Latihan Mengenal Kata Kerja Tahun 2 ini saya kongsikan kali ini dalam bentuk PDF. Lembaran latihan ini saya gunakan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 untuk murid kelas saya.Memandangkan kelas ini adalah kelas murid yang agak lemah, jadi saya ambil pendekatan untuk memperkenalkan dahulu kata kerja kepada mereka sebelum meminta mereka membina ayat atau menjawab soalan .
Sebenarnya bukan mereka tak biasa pun dengan kata kerja. Tajuk ini sudah pun diperkenalkan sejak dari Tahun 1 lagi. Cuma mungkin kefahaman mereka sahaja yang rendah ditambah pula dengan daya mengingat yang lemah menyebabkan saya memilih untuk berpatah balik dan memperkenalkan semula kata kerja sebelum pergi lebih jauh dengan tajuk ini.
Memang lebih cantik dan menarik jika disediakan gambar kata kerja dalam bentuk berwarna, Namun saya memilih untuk gunakan gambar hitam putih kerana saya mahu mereka yang mewarnakannya sebelum lembaran itu ditampal ke dalam buku. Rasionalnya adalah untuk meningkatkan kekuatan motor halus mereka supaya pada akhirnya mereka dapat menulis dengan lebih cantik dan tidak timbul isu tulisan cakar ayam atau " tulisan doktor " yang sukar nak dibaca pada kemudian hari 😅
Ok, jemput muat turun bagi rakan guru yang berminat untuk menggunakannya. Moga bermanfaat
Latihan Mengenal Kata Kerja Tahun 2 - 27 Gambar Kata Kerja Hitam Putih
No comments:
Post a Comment