Google Form Latihan Kata Hubung Tahun 3 - Cikgu Leiza

Latest

Cikgu Leiza

Koleksi Bahan Pendidikan Untuk Ibu dan Guru

Thursday, June 10, 2021

Google Form Latihan Kata Hubung Tahun 3

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Google Form Latihan Kata Hubung Tahun 3

Isnin minggu hadapan , persekolahan untuk penggal ke-2  bagi sesi 2021 akan bermula. Namun proses pengajaran dan pembelajaran masih lagi dijalankan dalam mode PdPR  lantaran keadaan negara yang masih diselubungi peningkatan kes jangkitan  pandemik COVID-19 dalam kalangan masyarakat.

Guru-guru dan murid-murid masih belajar dari rumah. Walaupun banyak kekangan berlaku dalam keadaan begini namun semua pihak  masih cekal berusaha untuk memastikan tiada murid ketinggalan dalam pelajaran.

Buntu mahu mencari bahan untuk murid ? 

Google Form Latihan Kata Hubung Tahun 3 sedia untuk diedit

Di sini saya kongsikan satu lagi bahan pembelajaran Bahasa Melayu untuk cikgu-cikgu gunakan khusus berkaitan tajuk kata hubung.

Kata hubung adalah satu bentuk kata yang digunakan untuk menyambung atau menghubungkan lebih dari satu ayat tunggal untuk membentuk ayat majmuk.

Terdapat lebih daripada 1 jenis kata hubung dalam Bahasa Melayu namun apa yang lebih penting adalah membiasakan murid dengan kata hubung yang mudah seperti dan, lalu, atau, tetapi & sambil sebelum pergi ke aras  yang lebih sukar.

Berikut adalah pautan  untuk Google Form Latihan Kata Hubung Tahun 3 yang boleh diedit jika cikgu-cikgu mahu melakukan penambahbaikan dari segi struktur soalan , jawapan dan sebagainya.

SUNTING LATIHAN KATA HUBUNG BAHASA MELAYU TAHUN 3

Atau cikgu boleh sahaja terus klik dan salin  pautan di bawah  ini untuk muat turun atau  dikongsi dengan murid cikgu.

LATIHAN KATA HUBUNG TAHUN 3 BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Latihan ini juga boleh disesuaikan dengan kelas tahap 1 atau Tahap 2 yang diajar bergantung kepada tahap penguasaan  murid.

Baca juga sharing latihan penjodoh bilangan ini.

Moga bermanfaat 😊



No comments:

Post a Comment