Penjodoh bilangan adalah merupakan satu bentuk kata yang digunakan bersama kata bilangan dengan tujuan bagi menentukan jumlah sesuatu benda berdasarkan rupa, bentuk atau size nya.
Di sekolah rendah, tajuk penjodoh bilangan ini sudah mula diajar pada tahun 1 lagi sehinggalah ke tahun 6 secara langsung atau tidak langsung dalam mata pelajaran khusus iaitu Bahasa Melayu.
Tajuk penjodoh bilangan ini memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya kerana dalam perbualan harian sekali pun kita tak akan terlepas daripada menggunakan penjodoh bilangan. Dalam penulisan pula ia memberikan kesan gramatis kepada ayat dan menjadikan hasil penulisan lebih baik dan lengkap.
Di sini, saya kongsikan satu latihan penjodoh bilangan Bahasa Melayu Tahun 3 iaitu latihan melengkapkan ayat dengan penjodoh bilangan yang sesuai dalam bentuk google form. Cikgu-cikgu atau sesiapa sahaja boleh memuat turun latihan penjodoh bilangan ini secara percuma sahaja.
Terdapat dua pilihan di sini untuk google form tersebut.
Jika cikgu-cikgu ingin membuat suntingan pada GF ini seperti menambah jumlah soalan, menukar ayat atau gambar kepada gambar lain yang difikirkan lebih menarik... atau apa-apa sahaja lah perubahannya, cikgu-cikgu boleh klik link ini dan edit. Saya halalkan semua untuk cikgu dan murid.
Namun jika cikgu-cikgu nak gunakan terus, tak ada masa nak edit atau malas dah nak edit-edit 😂😂, cikgu share sahaja link ini 👇kepada anak murid cikgu.
Google Form Soalan Latihan Penjodoh Bilangan Bahasa Melayu Tahun 3
Selepas mereka menyiapkan latihan, cikgu -cikgu boleh minta mereka klik pada tab VIEW SCORE / RESPOND untuk melihat markah masing-masing.
Mudah sahaja kan.
Share lah jika dirasakan bermanfaat. 😉
No comments:
Post a Comment