Latihan Kata Nama Am Tahun 1 Siap Boleh Edit - Cikgu Leiza

Latest

Cikgu Leiza

Koleksi Bahan Pendidikan Untuk Ibu dan Guru

Saturday, June 19, 2021

Latihan Kata Nama Am Tahun 1 Siap Boleh Edit

Dengan Bismillah ..

Latihan Kata Nama Am Tahun 1 Siap Boleh Edit

Pertengahan tahun ini walaupun kebanyakan guru Tahun 1 sudah pun memasuki beberapa siri tema pengajaran berdasarkan Buku Teks Bahasa Melayu Semakan KSSR Tahun 1, namun tetap saya mahu kongsikan satu lagi bahan latihan tatabahasa Tahun 1 yang boleh digunakan untuk mengajar murid berkaitan Kata Nama Am.


Lembaran latihan kata nama am  Tahun 1 ini dihasilkan berdasarkan Tema 1 Keluarga Penyayang dalam Unit 2 Bergembira Dengan Keluarga di bawah sub tajuk Selamat Bercuti [ Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 1- Halaman 14].


Walaupun khas untuk Tahun 1, namun latihan kata nama am ini boleh sahaja disesuaikan oleh guru untuk kegunaan murid  kelas Tahun 2 atau 3 terutamanya bagi kelas yang agak lemah.

Cikgu-cikgu boleh terus klik Latihan Kata Nama   ini untuk dimuat turun dan dicetak untuk murid.

Atau jika ingin menyunting nya sedikit, boleh klik sini

Oh ya, bagi mempermudahkan lagi guru menerangkan tentang kata nama am.cikgu-cikgu boleh juga cadangkan murid untuk menonton video pengajaran kata nama melalui Video Youtube ini. Sekadar share, ini bukan saya yang punya ye.

Moga bermanfaat 😘


No comments:

Post a Comment