Impian 2023 - Moga Yang Baik-baik Sahaja Untuk Tahun 2023
Happy 2023 everybody.
Happy laa sangat… dah masuk 18 hari baru ko sibuk nak wish kan đŸ˜†đŸ˜†
Moga Yang Baik-baik Sahaja untuk Tahun 2023 - Kredit 1001Ucapan.Com |
Ok, apa-apa sekali pun mesti semua orang nakkan yang terbaik dalam kehidupan. Semakin umur meningkat dan semakin banyak tanggungjawab yang nak dipikul, maka semakin banyak dan semakin tinggilah harapan. Baik dari segi kewangan,kesihatan diri dan keluarga, pendidikan anak-anak dan sebagainya kan.
Apa jua impian 2023 , usahakan lah dengan cara yang betul . Maksud saya, jangan lupa apa jua yang diusahakan ,kebergantungan kita tetaplah pada yang Maha Berkuasa. Jika tanpa izin-NYA, maka tiada daya kita untuk mencapai apa yang diinginkan walau sekecil-kecil kejayaan.
2023 ,
.. bagi saya adalah bonus daripada Allah . Pada umur yang sudah cukup tua, ia ruang masa tersisa untuk menyediakan diri sebelum kembali ke negeri akhirat. Bila-bila masa sahaja bakal dipanggil pulang. Tiada lain yang saya mahukan selain tubuh yang sihat , kemampuan untuk memperbaiki amal ibadat, beroleh keberkatan dalam setiap tindakan dan pastinya agar dikurniakan pengakhiran dalam keadaan Khusnul Khotimah.
Aminnnnnn… Ya Mujib. Moga Yang Baik-baik Sahaja Untuk Tahun 2023
Cukup sudah kenderaan mewah ( walaupun sebenarnya memang sebiji pun tak ada ,just pakai kereta murah đŸ˜… ) atau rumah besar tersergam megah ( sekarang mendiami rumah kampung dikelilingi pokok pisang dan harum manis sahaja hihi ).
Cukup sudah saya ini bermaksud ia bukan lagi keutamaan. Bukan lagi untuk dihambat-hambat . Namun jika tiba-tiba dikurniakan dengan jalan yang halal , memberi banyak kebaikan kepada semua, In Sha Allah pasti sahaja diterima dengan senang hati dan tangan terbuka. Itu kan rezeki.. mengapa nak ditolak .
Bersederhana. Dapat sesuatu?
Senang cakap bukan saya menolak semuanya. Saya masih bekerja, masih seorang agen dropship Tudung Si Comel dan masih juga menjual buku-buku pendidikan. Bezanya sekarang, ia sekadar sampingan. Buat sekadar terdaya pada waktu lapang tanpa mengenepikan keutamaan lain. Alhamdulillah Sang Pemberi Rezeki masih bermurah hati dengan saya. Masih dapat top up sedikit kewangan untuk melunaskan bil-bil utiliti, membeli ubat-ubatan dan memberi wang belanja bulanan kepada ibu yang sudah pun sangat uzur.
Alhamdulillah.
Apa jua impian saya dan kalian, moga -moga Allah permudahkan dan lorongkan jalan-jalan yang mudah dan barokah.
Yuk, aminkan semua.
Aminnnn ..
No comments:
Post a Comment