Tudung Si Comel - One Stop Centre Koleksi Pelbagai Jenis Tudung Sekolah - Cikgu Leiza

Latest

Cikgu Leiza

Koleksi Bahan Pendidikan Untuk Ibu dan Guru

Monday, December 26, 2022

Tudung Si Comel - One Stop Centre Koleksi Pelbagai Jenis Tudung Sekolah

 Assalamualaikum . Morning semua ..

Bersiaran dari kampung halaman Encik Suami dengan keadaan cuaca mendung dan tak menentu, kejap ujan kejap idok.. jom saya kongsikan sikit perihal Tudung Si Comel - One Stop Centre Koleksi Pelbagai Jenis Tudung Sekolah .

Mungkin ada yang dah pernah dengar tentang Tudung Si Comel, kedai atau butik yang mengkhusus kepada penjualan tudung sekolah dan baju sekolah beroperasi dari Damansara Damai, Petaling Jaya,Selangor . Dan mungkin juga ada yang masih tak tahu tentang kewujudan butik ni.

Tak apa, yang belum tahu boleh baca sharing ni sampai habis okey.

Koleksi Tudung Sekolah Tudung Si Comel

Tudung Si Comel - One Stop Centre Koleksi Pelbagai Jenis Tudung Sekolah ini adalah butik fizikal yang menjual pelbagai jenis dan pelbagai warna tudung sekolah untuk kanak-kanak perempuan dan remaja sekolah menengah.

Sebut je nak tudung  sekolah apa, In Sha Allah semuanya ada. Senang cerita, saya senaraikan di bawah ye.

Koleksi Tudung Si Comel :

  • Tudung Sekolah Awning Lembut  ( 22 pilihan warna )
  • Tudung Sekolah Awning Scuba ( 24 pilihan warna )
  • Tudung Sekolah Awning Scuba Berdagu ( 5 pilihan warna )
  • Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Bergetah ( 4 pilihan warna )
  • Tudung Sekolah Dua Lapis ( 9 pilihan warna )
  • Tudung Sekolah Awning Scuba Labuh Berdagu ( 2 pilihan warna )
  • Tudung Sekolah Prasekolah ( 2 pilihan warna )

Kebanyakan size adalah antara SS sehingga L kecuali untuk tudung dua lapis dan tudung sekolah labuh, ada yang menjangkau sehingga size XL. Perbezaan size ni membolehkan ibu memilih size yang sesuai dengan fizikal dan keperluan anak masing-masing. Ye la, size dan ketinggian anak-anak kita bukannya sama kan terutama bagi anak gadis yang dah masuk ke alam sekolah menengah.

Carta Size / Ukuran Tudung Sekolah Awning Scuba Jenama Tudung Si Comel (TSC)


Carta Size / Ukuran Tudung Sekolah Dua Lapis Jenama Tudung Si Comel (TSC)

Range harga tudung sekolah TSC pula antara RM16.90 sehingga RM24.00 sahaja. Harga yang bagi saya sangat berpatutan , murah dan mampu beli. Sebab apa saya katakan sangat berpatutan,, tengok material nya sahaja pun dah tahu ia adalah kain berkualiti tinggi.

Sangat rugi jika tak mencuba koleksi tudung sekolah dari jenama ini kerana material kain yang digunakan amat berkualiti. Warnanya tak cepat luntur, mudah diurus dan dijaga, very flowy,  tak mudah berbulu, sejuk je bila dipakai ,mesra iklim di negara kita ni yang kita tau bila time panas, panasnya kemain lagi kan. 

Belum lagi cakap tentang jahitan dan rekaan awning yang bila dipakai on point sahaja. Siap ada jaminan 180 hari lagi . Cari lah kat mana-mana kedai tudung yang lain , tak mungkin jumpa jaminan sebegini rupa tau. Opppsss, bukan saya nak melebih-lebih ...  tapi ini memang betul-betul tau.

Tak percaya juga ibu-ibu..kalian boleh lihat sendiri testimoni nya di sini

Baik, untuk lihat senarai 22 -24 warna Tudung Sekolah Si Comel, ibu-ibu boleh terus lihat di katalog butik Tudung Si Comel  ni ye.

Nak beli terus secara online pun boleh. Mudah sahaja caranya. Atau nak beli melalui reseller pun boleh. Klik untuk lihat dan berhubung dengan reseller tudung brand ini di FB Tudung Pengawas Sekolah Rendah.

Rumah kalian dekat je dan berhajat nak walk in ? Boleh je terus ke alamat di bawah ni ya👇

TudungSiComel.com
SBZ Prima Sdn. Bhd (1212800H)
G-081 (ground floor),
Season Square,
Jalan PJU10/3, Damansara Damai,
47830 Petaling Jaya,
Selangor


Ok, next entry.. jika ada kelapangan dan dengan izin Allah, In Sha allah saya kongsikan cara-cara beli di web TSC ya.

Juga cara-cara daftar sebagai agen dropship Tudung Si Comel. In Sha Allah ..

Happy reading đź’–

No comments:

Post a Comment