Dengan Bismillah ...
Lembaran Latihan Uji Ejaan Bahasa MelayuTahap 1
Seringkali kekeliruan ejaan sesuatu perkataan dalam Bahasa Melayu bukan sahaja melibatkan murid sekolah tetapi juga melibatkan orang awam.
Kekeliruan berlaku mungkin berpunca daripada banyaknya perkataan Bahasa Inggeris diserap masuk dan diterima pakai penggunaanya dalam Bahasa Melayu. Ringkas kata perkataan Bahasa Inggeris yang dimelayukan.
Bukan itu sahaja, kekeliruan mana satu ejaan yang betul juga boleh dipengaruhi oleh dialek atau loghat yang menjadi kelaziman sesuatu tempat atau negeri,
Sebagai contohnya, bunyi bagi huruf 't' dan huruf 'k' yang kedengaran hampir sama bagi negeri di Pantai Timur Semenanjung . Justeru ramailah yang mengeja perkataan 'surat' sebagai 'surak'. Sekadar menyebut sebagai contoh. Jangan sampai disalah tanggap sebagai tujuan mempersenda atau sebagainya ya.
Ok, di sini saya kongsikan satu latihan ringkas untuk menguji pengetahuan murid berkaitan sistem ejaan. Lembaran Latihan Uji Ejaan Bahasa Melayu tahap 1 ini boleh sahaja digunakan untuk mana-mana kelas yang dikenalpasti lemah dari aspek ini.
Rakan guru boleh muat turun latihan ini di sini.
Jika ada sebarang kesilapan , teguran sangatlah dialu-alukan.
Share dan gunalah jika ini dirasakan bermanfaat.
No comments:
Post a Comment