Latihan Kata Tanya Aras Rendah Bahasa Melayu Tahun 2 - Cikgu Leiza

Latest

Cikgu Leiza

Koleksi Bahan Pendidikan Untuk Ibu dan Guru

Saturday, June 26, 2021

Latihan Kata Tanya Aras Rendah Bahasa Melayu Tahun 2

Latihan Kata Tanya Aras Rendah Bahasa Melayu Tahun 2

Dengan Bismillah ..

Ada tak cikgu-cikgu yang tengah mencari latihan kata tanya aras rendah Bahasa Melayu Tahun 2 ? Jika ada mungkin perkongsian bahan latihan saya ini dapat membantu.

Latihan kata tanya untuk murid Tahun 2 ini saya sediakan dalam bentuk Google Form. Namun untuk kali ini tiada sebarang bahan bergambar yang saya masukkan. Semuanya ayat semata-mata.


Terdapat 30 soalan latihan yang saya kira arasnya agak rendah. Sesuai untuk murid Tahun 2 mahupun Tahun 3.

Cikgu-cikgu atau seiapa sahaja yang memerlukan bahan seperti ini, boleh sahaja kongsikan terus pautan latihan untuk dijawab di sini. 

Saya sediakan juga pautan yang membolehkan bahan ini disunting jika dirasakan ada penambahbaikan yang perlu dilakukan. 

Ini pautannya.

Saya kongsikan dengan ikhlas moga ia dapat meringankan beban guru tatkala sesi pembelajaran secara bersemuka tidak dapat dilakukan seperti lazimnya akibat pandemik COVID-19 yang masih belum menunjukkan tanda-tanda akan berakhir.

Moga Allah pelihara seluruh kaum keluarga kita daripada musibah ini.

Amin 

No comments:

Post a Comment