7 Contoh Aktiviti Menggunting Secara Berperingkat Bagi Merangsang Motor Halus Kanak-kanak - Cikgu Leiza

Latest

Cikgu Leiza

Koleksi Bahan Pendidikan Untuk Ibu dan Guru

Tuesday, May 18, 2021

7 Contoh Aktiviti Menggunting Secara Berperingkat Bagi Merangsang Motor Halus Kanak-kanak

 7 Contoh Aktiviti Menggunting Secara Berperingkat  Bagi Merangsang Motor Halus Kanak-kanak

Teringat awal-awal pembukaan sekolah pada bulan Mac lepas,saya pernah ditegur oleh GPK HEM kerana menyuruh murid  Tahun 1 membawa gunting ke sekolah. Nak dijadikan cerita, hari yang sama berlaku kejadian murid Tahun 1 tetapi dari kelas lain yang menggunting sedikit rambut rakannya semasa waktu rehat.

Benar, bahaya membawa gunting ke sekolah terutama bagi murid-murid dari Tahap 1. Tapi penggunaan gunting dalam kalangan murid Tahun 1 bagi saya secara peribadinya sebenarnya perlu kerana banyak aktiviti menggunting dan menampal bahan yang dilakukan oleh guru. Lagi pun, aktiviti menggunting secara tidak langsung membantu meningkatkan koordinasi mata dan tangan serta kemahiran motor halus murid.

Otot  jari yang kuat membantu murid memegang pensel dengan cara yang betul dan dapat menulis huruf, suku kata, perkataan atau ayat  dengan cara yang lebih betul, baik dan cantik.

Saya akur dengan teguran tersebut. Langkah yang saya ambil adalah dengan meminta panitia membeli gunting untuk kanak-kanak. Saya gunakan gunting bersama mereka dengan pengawasan penuh ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Kemudian kutip semula gunting tersebut di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran.

Di sini saya kongsikan 7 contoh aktiviti menggunting secara berperingkat  bagi merangsang motor halus kanak-kanak yang boleh dilakukan oleh ibu atau guru. Lakukan secara bersama atau di bawah pengawasan.


  1. Menggunting membantu meningkatkan koordinasi tangan dan mata kanak-kanak. Banyak aktiviti menggunting boleh dilakukan oleh guru atau ibu sendiri di rumah. 
  2. Menggunting kertas kosong mengikut kemahuan sendiri. Tiada had arah, bentuk dan sebagainya. Selepas selesai, latih mereka untuk mengutip cebisan kertas dan buang ke dalam tong sampah.
  3. Menggunting kertas bergaris lurus sahaja dahulu. Tetapkan agar anak menggunting mengikut garisan. Sama seperti list pertama, latih mereka mengutip cebisan dan buangkannya.
  4. Setelah agak mahir menggunting garisan lurus, berikan kertas dengan garisan berombak . Gunting mengikut bentuk garisan tersebut. 
  5. Teruskan dengan garisan zig zag dan sebagainya. 
  6. Menggunting garisan mengikut bentuk bulatan, segi empat,segi tiga dan sebagainya. Minta anak tampal semula bentuk-bentuk tersebut pada kertas 
  7. Selepas langkah ke 5,barulah latih mereka menggunting bentuk bunga ,daun,ikan dan sebagainya. Boleh juga tukar bahan daripada kertas kepada perca fabrik, straw  dan sebagainya.



In Sha Allah, latihan berterusan secara perlahan-lahan akan dapat membantu anak atau murid untuk memegang pensel dengan betul, menulis perkataan dan ayat  dengan lebih cantik

No comments:

Post a Comment