6 TIPS MUDAH KENAL PASTI ADAKAH ANAK ATAU MURID SUDAH KENAL HURUF ATAU TIDAK
Kebiasaan
bagi mana-mana guru Bahasa Melayu Tahun 1, perkara pertama biasa dilakukan untuk
mengenal pasti sama ada murid sudah kenal huruf adalah dengan meminta murid
membacakan a,b, c …
Namun bukan
semua anak atau murid yang boleh membaca a,b,c .. dengan laju dan lancar itu
benar-benar sudah mengenal huruf. Secara purata 3 atau 4 daripada 10 murid yang
diuji sebenarnya masih belum kenal huruf sepenuhnya. Mereka menghafal sahaja sebenarnya. So ibu atau guru, jangan terpedaya !😅😅
Sekadar boleh membaca atau menyanyi untuk menyebut nama-nama huruf,belum pasti mereka benar-benar
kenal huruf.
Guru atau
ibu boleh lakukan sendiri 6 tips mudah ini untuk mengenal pasti adakah anak
atau murid sudah kenal huruf atau tidak.
6 Tips Mudah Kenal Pasti Adakah Anak Atau Murid Sudah Kenal Huruf Atau Tidak
- Menguji secara random atau rawak huruf-huruf secara spontan menggunakan carta huruf A- Z sedia ada. Jika mereka dapat menjawab dengan cepat dan lancar, In Sha Allah mereka memang benar-benar kenal huruf. Namun jika mereka mengambil masa yang lama, ketahuilah bahawa sebenarnya mereka sedang membaca semula huruf-huruf tersebut bermula dari A sehinggalah sampai kepada huruf yang anda tunjukkan. Justeru, sangat tidak digalakkan menggunakan carta atau poster huruf yang sudah disusun dengan betul.
- Menguji dengan menggunakan carta huruf tidak tersusun untuk melihat sejauh mana mereka celik huruf. Tips kedua ini sangat mudah dan sangat efektif untuk membantu ibu atau guru mengenalpasti prestasi anak / murid dengan cepat.
- Gunakan kad huruf secara rawak. Tunjukkan dan minta anak atau murid sebut dengan kuat.
- Masukkan kad huruf ke dalam kotak atau guna mana-mana kaedah yang difikirkan sesuai. Minta mereka pilih ( cabut ) satu dan nyatakan atau sebut nama huruf dengan kuat dan jelas.
- Boleh juga nyatakan nama huruf dan minta murid bawakan kad tersebut kepada anda.
- Minta anak atau murid menulis huruf yang disebut pada kertas, white board dan sebagainya tanpa ada sebarang bahan yang boleh mereka rujuk atau tiru di sekeliling mereka.
Mulakan
dahulu dengan huruf kecil sebelum huruf besar.
No comments:
Post a Comment