Latihan Bina Ayat Berdasarkan Gambar Tunggal - Rumah - Cikgu Leiza

Latest

Cikgu Leiza

Koleksi Bahan Pendidikan Untuk Ibu dan Guru

Monday, August 1, 2022

Latihan Bina Ayat Berdasarkan Gambar Tunggal - Rumah

Latihan Bina Ayat  Berdasarkan Gambar Tunggal - Rumah

Dengan Bismillah

Ada yang mencari gambar rumah untuk latihan bina ayat dan gambar rumah untuk  aktiviti mewarna ke tu ?



Haa di sini saya kongsikan gambar tunggal rumah versi hitam putih . Boleh digunakan untuk beberapa aktiviti pengajaran sebagai bahan rangsangan  baik untuk murid Tahap 1 mahupun murid Tahap 2.

Sebagai contoh :

Aktiviti mewarna gambar

Aktiviti untuk memperkukuh kemahiran mendengar & bertutur

Bina ayat spontan  untuk kemahiran lisan

Latihan membina & menulis ayat tunggal dan ayat majmuk

Sebagai bahan bacaan mudah di dalam kelas.

Banyak lagi aktiviti PdPc yang boleh dilakukan hanya dengan menggunakan gambar di atas. Cikgu-cikgu pasti lebih arif dengan keperluan murid cikgu sendiri kan.

Di sini saya sertakan contoh ayat yang boleh dibina menggunakan gambar tersebut. Moga bermanfaat

========================================================================

Tahap 1

Ini rumah.

Ini rumah papan.

Ini rumah papan Pak Seman.

Rumah papan  Pak Seman ada laman.


Tahap 2.

Di hujung kampung ada sebuah rumah.

Rumah papan itu milik Pak Seman.

Rumah Pak Seman kelihatan besar dan bersih.

Lamannya juga  bersih dan luas.

Pak Seman sudah lama tinggal di rumah itu.

Pak Seman tinggal di rumah itu bersama isteri dan anaknya Atan.


No comments:

Post a Comment